Sabtu, 18 April 2009

Kepada siapa yang mampu menyanyi sumbang, sila nyanyi, aku perlu hujan lebat

Suhu yang sangat panas di ibu kota pada ketika ini menyebabkan aku hampir migrain lagi. Lebih lebih lagi tinggal di tingkat atas sebuah rumah teres yang terletak di tengah tengah barisan. Panas nya sampai ke tulang. Dan darah aku rasa seperti mendidih. Aku perlu hujan yang lebat dan salji.

Tengahari tadi aku kuatkan semangat dengan berseluar pendek dan t-shirt putih untuk pergi makan di Gerai MBPJ. Seperti biasa, aku memilih venue gerai paling hujung. Masakan Jawa.

"Hei, selalu juga awak makan kat sini kan?" tegur makcik cashier. "Tinggal mana ni?"

"Dekat Taman Indah sana tu, boleh dapat diskaun ke kalau makan selalu?" aku balas.

Tersimpul senyuman makcik itu. "Best tak makan sini?" perh, makcik ni bagi soalan maut membuat aku senyum sambil menggeleng geleng kepala. "Kenapa?"

"Beeeest, sebab kat sini ada awek cun." Sambil aku jeling pada anak dara yang duduk di dalam gerai tersebut. Boleh jadi anak makcik tu.

See, aku tak hipokrit kan?

6 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

fuyyoh!

makcik itu mesti nak masak lauk "awek cun" setiap hari pasni aqram oit~

hehehe~

hanjila berkata...

wpun aku tdk suka hujan aku msh suka mnyanyi, tp kbrgkalian utk hujan apbl aku mnyanyi adlh 1.0, klau ptang ni hujan maka akulah yg mnyanyi...

Tanpa Nama berkata...

Aku boleh gak nyanyi tapi hujan tu lambat sket aarr

azreencomel berkata...

kt sini pown tgh musim summer.
ermm... next week fall and then winter! yayyy~

p0tpet p0tpet berkata...

uh..kat cni da mas0k spring..tapi semlm ngn kames lepas sn0w tuw0n lagik! gile sungg0h russia neh..

bile la nk panas neh..
tama0 sej0k da..uhukhuk..=(

أكرم حسني berkata...

Zara, awek cun itu adalah manusia, bukan lauk. Dan aku tak makan daging manusia.

Hanjila, tadi gerimis, tapi suku gelas pun tak sampai. Nyanyi lah kuat kuat lagi. Pinjam mikrofon surau.

Faiz, kenapa perlu berlaku delay?

Azreen, berapa kali aku perlu ulang, kau tak comel.

Erna, bersyukurlah anda tidak berada di Subang Jaya ketika ini.