Sabtu, 18 April 2009

Kadang kadang perlu juga jaga tepi kain orang, bukan sebab menyibuk, tapi caring

Aku tidak suka jadi hipokrit. Rujuk tulisan yang ini.

Aku juga tidak suka bila aku terpaksa jadi hipokrit.

Dan aku tidak suka dengan orang orang yang hipokrit.

Salah satu perkara yang agak kurang menyenangkan hati bila tinggal di sebuah taman perumahan teres yang mempunyai rukun tetangga ialah aku tidak boleh selalu pulang lewat malam.

Contohnya, beberapa malam lepas. Aku pulang rumah bukanlah lewat sangat pun. Cuma mungkin terlalu awal pagi.

Esok nya semasa aku panaskan enjin, aku disapa makcik jiran sebelah.

"Awak ni selalu lewat pulang ye," katanya sambil menjemur pakaian.

Aku sengih. "Biasa lah orang muda, lepak tengok bola." Kemudian, aku pecut. Sambil dalam hati kata "...dekat Coco Banana."

Arrhh. Aku benci hipokrit.

2 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

aduyai...

kadang2 hati juga mahu panas bila asyik ditanya2~

أكرم حسني berkata...

Aku cuba jadi cool. Sebab cuaca.