Jumaat, 24 April 2009

Mengaplikasikan discretionary fiscal policy bukanlah perkara mudah

1. Salah satu perkara yang menyeronokkan bila sistem pembelajaran menggunakan sistem negara maju ialah ia tidak berorientasikan peperiksaan.

2. Negara kita sudah masuk ke tahap negara membangun dari kedudukan negara dunia ketiga, semenjak Mahathir memerintah. Mahathir memang dikenali kecelikan ekonominya di zaman nya dulu, sehinggakan semua bank di dunia akan mendengar nasihat kewangan beliau. Dan sehingga kini, Mahathir masih diupah menjadi penasihat kewangan bagi negara negara Timur Tengah dan Arab.

3. Tetapi sistem pembelajaran kita masih tertinggal dan tidak mengikut sejajar dengan pembangunan sosio ekonomi dan kadar potensi per kapita yang kita miliki.

4. Maka, dengan alasan itu aku memilih untuk mengambil American Degree Program.

5. Yang mana, peperiksaan akhir hanyalah 20% daripada skema pemarkahan bagi kebanyakan subjek. Dan bagi sesetengah subjek lain, tiada penilaian peperiksaan akhir. Bukankah itu membahagiakan?

6. Sistem ini banyak melatih kebebasan berfikir dan bertindak dengan lecturer hanyalah lebih kurang seperti seorang tutor. Yang lain kena buat sendiri, sama ada individual atau berkumpulan. Aku prefer untuk sendiri, kerana aku tiada keyakinan pada ahli kumpulan lain.

7. Tapi, aku masih perlu struggle untuk peperiksaan akhir ini. Untuk mendapatkan A.

8. Sistem American Degree Program hanya memberi gred A, B, C, D, atau F. Tiada A+, A++, A bintang, A-, A titik, dan sebagainya.

9. Untuk mendapatkan A, aku perlu 90% markah.

10. Wish me luck.

(Nuff nang aku dah RM3, tiket keretapi ke Sabah pun tak lepas)

9 ulasan:

.ieLah. berkata...

selamat menjawab exam

IxoR@ berkata...

Wish U all the best...

e eh, duit lom cukup ke dear utk ke sabah? ok...aii mesti klik klik punye...dun wori k!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Good Luck Aqram...

BTW, kalau Adverlets lebih laju aku rasa dari Nuffnang~

azreencomel berkata...

hu hu hu
aku slalu je klik nuffnuff ko.
tp utk iklaneka yg cambest je.
iklaneka arak2 tak mainn arr..
*harom*

:D

RMA berkata...

goodluck.. semoga dpt band 5.. jgn dpt battle of band sudey...:P

asal nuffnang ko naik cepat?? hahaha...

Xara berkata...

Ceh...sedangkan aku pula terpaksa membakar-lilin-ditengah-malam angkara final exam membawa markah sebanyak 70%.

أكرم حسني berkata...

Terima kasih. Aku lebih berasa yakin sekarang ini. Walaupun baru habis menyemak muka surat pertama.

أكرم حسني berkata...

Ad vert lets punya meter memang laju. Tapi banyak kes tak bayar. Bayar pun lepas setahun kita isi form.

أكرم حسني berkata...

Aku tak tahu blog aku ada menyediakan iklan alkohol. Sebab aku tak pernah nampak. Kalau kau nampak diskaun 85% tolong bagitahu aku cepat cepat.

Well, well. Battle Of The Band aku di Facebook dah masuk Top 40 di Malaysia.

Xara, "membakar-lilin-ditengah-malam", aku suka ayat itu. Aku pun sering membakar Marlboro Light di tengah malam. Terang benderang terus dunia aku.