Selasa, 28 April 2009

Komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi

Selesai kertas exam ke dua tengahari semalam, aku terkesima, terlopong, ternganga.

Hujan sedang mencurah. Aku hanya mampu memandang sambil menendangmembakar Marlboro Light sebatang. Bila waktu aku memerlukan hujan, tiada setitis datang bertandang. Pantang. Bila aku ingin benar cepat pulang, hujan pun turun membasahi ladang.

Aku sudah pesan pada Kamaliah. Jangan kau berhenti menyanyi. Sumbangkan lagi lagu Mariah Carey. Dengan lirikmu kalah bahasa Orang Asli. Maram Perapu Kepundeni. Paran Sekeperi yang Bukan dari Pattani. Obsesi.

Sakit hati. Apa lagi. Semua boleh aku kata dan caci. Dengan hanya satu tapi. Tuhan itukan Maha Mengasihi. Dia yang akan memberi. Membuka pintu rezeki. Motivasi pada diri.

Ahad, 26 April 2009

Cliche

Aku lebih rela beli air conditioner dari beli tiket ke Sabah.

Mungkin aku pakai kanta pembesar pun sudah cukup memadai

Ada sesiapa nampak lighter aku?

Jumaat, 24 April 2009

Mengaplikasikan discretionary fiscal policy bukanlah perkara mudah

1. Salah satu perkara yang menyeronokkan bila sistem pembelajaran menggunakan sistem negara maju ialah ia tidak berorientasikan peperiksaan.

2. Negara kita sudah masuk ke tahap negara membangun dari kedudukan negara dunia ketiga, semenjak Mahathir memerintah. Mahathir memang dikenali kecelikan ekonominya di zaman nya dulu, sehinggakan semua bank di dunia akan mendengar nasihat kewangan beliau. Dan sehingga kini, Mahathir masih diupah menjadi penasihat kewangan bagi negara negara Timur Tengah dan Arab.

3. Tetapi sistem pembelajaran kita masih tertinggal dan tidak mengikut sejajar dengan pembangunan sosio ekonomi dan kadar potensi per kapita yang kita miliki.

4. Maka, dengan alasan itu aku memilih untuk mengambil American Degree Program.

5. Yang mana, peperiksaan akhir hanyalah 20% daripada skema pemarkahan bagi kebanyakan subjek. Dan bagi sesetengah subjek lain, tiada penilaian peperiksaan akhir. Bukankah itu membahagiakan?

6. Sistem ini banyak melatih kebebasan berfikir dan bertindak dengan lecturer hanyalah lebih kurang seperti seorang tutor. Yang lain kena buat sendiri, sama ada individual atau berkumpulan. Aku prefer untuk sendiri, kerana aku tiada keyakinan pada ahli kumpulan lain.

7. Tapi, aku masih perlu struggle untuk peperiksaan akhir ini. Untuk mendapatkan A.

8. Sistem American Degree Program hanya memberi gred A, B, C, D, atau F. Tiada A+, A++, A bintang, A-, A titik, dan sebagainya.

9. Untuk mendapatkan A, aku perlu 90% markah.

10. Wish me luck.

(Nuff nang aku dah RM3, tiket keretapi ke Sabah pun tak lepas)

Rabu, 22 April 2009

Balada ingin membunuh Beringin Tua di pinggir sebuah bandaraya

I just say whatever I want to whoever I want. Whenever I want, wherever I want, however I want.

However, I do show some respect to few. So, how does respect mean to you?

Tak mahu lebih dari kadang kadang, walau jalan terus, harus pandang belakang

1. I haven't treated myself very well in the past few weeks.

2. So today, this morning, i went to my kitchen. Yang setelah beberapa lama tidak berasap.

3. Ayam, udang, telur, kacang panjang, lobak merah, jagung comel, lada merah, cili padi. Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit. Garam, ajinomoto, serbuk lada hitam, serbuk kunyit. Sos cili, kicap manis. Beras, minyak, dan kuali.

4. Dua hidangan lauk. Satu hidangan sayur. Sepinggan penuh nasi putih. Segelas nescafe berais.

5. Sebatang Marlboro Light.

Selasa, 21 April 2009

Aku fikirkan, mendung berterusan. Tapi kini,...

"Berapa semua makcik?" aku tanya harga makanan yang aku baru bungkus. Sambil menjeling jeling ke dalam gerai. Sibuk agaknya anak makcik ni. Ke sana ke mari.

"4 Ringgit," jawab makcik itu, sambil mengikat tapau dengan getah.

"Ok." Aku seluk poket belakang seluar. Keluarkan dompet. Mata aku bulat memandang satu arah. Nafas aku terhenti seketika. Lutut tergeletar. Aku merasa seolah olah muka aku hangat sedikit, dan mungkin sedikit merah. Mungkin salur darah di muka aku sedikit kekejangan. Aku sengih memandang makcik tersebut. Memecah kebuntuan dan penantian dari seorang makcik gerai makanan. Aku cuba menyembunyikan sedikit rasa malu. "Makcik, saya lupa bawak duit lah."

Isnin, 20 April 2009

I dreamed a dream

1. Esok hari presentation aku.

2. Aku ingat aku tidak perlu untuk membalas dendam dengan bercakap ala bullet-train-negara-Jepun.

3. Kelmarin aku cuba berharap. Dan hanya satu harapan aku saja yang tidak kecundang. Yang lain, haram.

4. Manchester United tewas. Mungkin sebab aku tidak pergi menonton. Maka semangat pemain sedikit pudar. Jadi, aku rasa sangat bersalah ketika ini.

5. Hujan pula gagal menemani tidur aku. Walaupun aku sempat mendengar sebuah lagu dari kumpulan Hujan.

6. Gap 500 pips ternyata dongeng. Malas untuk ulas lanjut. Bukan kau orang faham pun.

7. Aku berhenti berharap. Setelah mendengarkan nyanyian Susan Boyle.

Hai, i'm back. Exam week ahead. I'm busy. Ciao.

Goaudc llahx kasjjdb kabde. Kjabdcc maudnc? lkaduncbrucbad nsakdjc kjadc djr kacb, kdc, cjnsbv, ueckkdc, dairn aidncrvna.

1. Akjcnijrcasdcnvc asnjcna dcnnec.

2. Kuccladcircnaalsn adcna jsdcniodc nadcncxcnro.

3. Lowedcnacr jac jndcbr, acjnkncsdc, asunc asd dclunvwjcn.

Inilah yang berlaku ketika pembentangan research report empat budak kulit hitam (i'm trying not to be racist, kalau tak, aku sebut je negroblack kan) petang tadi. Aku terasa sungguh teraniaya. Mereka hanya berdiri di hadapan, tunduk menghadap kertas, membaca nota yang sungguh panjang dengan intonasi bullet-train-negara-Jepun. Bukankah kamu sedar kamu menggunakan wang rakyat negara kamu untuk belajar ke mari?

By the way, sesiapa yang ingin merasai pengalaman mandi di bilik air paling terbersih di dunia, sila hubungi saya di talian 014-444 4444.

Ahad, 19 April 2009

Apa perkataan yang kita guna bila berlaku satu kitaran tidak lengkap?

1. Aku ingat nak sapu sampah dan cuci tandas.

2. Selepas dapat mengeluarkan peluh, aku boleh bermain air dan sabun. Sambil imagine guling gulingmain ski atas salji. Wah, sangat sejuk.

3. Malam ini aku sangat busy.

4. Aku harap Manchester United belasah Everton.

5. Aku harap gap 500 pips itu hanya dongeng belaka. Aku benci bila kecewa.

6. Aku harap malam ini hujan lebat.

7. Aku banyak berharap sejak akhir akhir ini.

Sekian, jumpa lagi minggu depan.