Selasa, 12 Mei 2009

What you do, when you fall down?

Selasa lepas, B, F dan N mengadakan mesyuarat agung majlis falsafah bangsa bersatu di sebuah kopitiam Seksyen 7, untuk kali ke tujuh belas ribu tiga puluh lima ratus. Aku di sana sebagai pemerhati. Berkecuali. Apathy. Agenda utama yang dihighlightkan, Falsafah Empat Sifat Syaitan. Tetap pendirian, tamak haloba, tidak putus asa, kuat menghasut. Aku ambil nota. Setuju. Falsafah ini harus ada pada aku. Ibu jari ke atas untuk itu.

Isnin lepas, K menghantar teks meracuni aku menjenguk kembali ke zaman jatuh bangun semula dan jatuh lagi Empayar Alexandria yang pernah kami bina dulu. Mengajak aku membina kembali kerajaan baru dan mengutip mahkota yang gugur semula. Mengambil semangat perjuangan Nizar dan Pakatan di negeri Perak. Pada aku, jalan itu tetap sama. Dan apa akan berlaku bila lalu jalan yang sama? Sejarah berulang, cuma jangka waktu berbeza. George Santayana yang kata. Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.

Ahad lepas, E memerlukan aku berkongsi kisah duka lara pawana berakhirnya kisah cinta antara Laksamana Tuah dan Gusti Puteri. The highest form of vanity is love of fame. Lupakan cinta Isabella itu. Never build your emotional life on the weaknesses of others.

Sabtu lepas, L mengadu tentang adiknya. Pada aku, itu tiada apa. A child educated only at school is an uneducated child. Manusia tidak akan berhenti, selain bila sudah terhantuk tergadah. Itu sifat kita, tidak pernah merasa puas. Hidup tanpa limitasi. Fun is a good thing but only when it spoils nothing better. Biarkan dia belajar sendiri.

Jumaat lepas, hubris dan humility tidak berkesudahan menuding jari. Apathy di tengah tengah, memastikan satu interval antara keduanya, agar tikaman berdarah tidak mencemari.

Dan semalam, hubris dan humility ini bertembung kembali. Tak perlu darah meninggi. Tak perlu nafas terhenti.

Marlboro Light untuk kali ini.

Untuk B, F, N, K, E, L, hubris dan humility. Dengarkan kata kata ini.




You are going to finish strong. Aren't you?

14 ulasan:

.ieLah. berkata...

k sekarang berempayar kukuh kah?
sudah mahkotakah?atau masih mengejar?

Tanpa Nama berkata...

stand up again n keep on walking dude!!

أكرم حسني berkata...

K is good. Beberapa kali aku naik beemer dia. By the way, aku still tak boleh recall kau siapa.

Tanpa Nama, keep walking walking don't stop. That was Joe. I like the song.

Max J. Potter berkata...

my friend said we should just cry. i guess he was just..soft.

i'd stand and run. =) tear-less. and all awesomeness.

i like your blog. will come again.

أكرم حسني berkata...

He/She's fragile, Max. Just like me. I think I'm fragile too.

Max J. Potter berkata...

i think being fragile is OK. altho its pretty embarassing. i'd hate to be seen as fragile. my name is Max, after all. haha. =)

أكرم حسني berkata...

Hai Max..

Lights of Peaceful berkata...

*tears rolling down*

lots of ppl out there suffer more than we do, yet we never satisfy with wut we had.

Food of thought. Nice video here!

.ieLah. berkata...

tak payah recall lagi.kau memang tak tau. =P

أكرم حسني berkata...

Qeen, susah mencari orang yang mampu berfikir setahap dengan level of thinking aku. Aku salute dengan orang yang mampu menggunakan otak dan akal pada masa yang sama. And you are one of them. Keep on reading and ulasaning.

Ielah, mungkin Keidu berjaya mengrefresh kan memory aku. Datanglah ke Rafflesia Reflexogoy Centre Subang Perdana, perniagaan Keidu yang baru launching.

.ieLah. berkata...

ko jangan kata yang ko tanya kat dia aku siapa.hu

أكرم حسني berkata...

Malu bertanya sesat jalan. Maka, aku pun bertanya. Ibu jari ke atas untuk itu sambil sengih bangga.

.ieLah. berkata...

aku dapat bayangkan muka kau tengah ibu jari keatas sambil tersenyum bangga tu.haih

aqram2.
haih

أكرم حسني berkata...

Takut tak?