Seperkara yang sering mendatangkan kemarahan dalam diri aku ialah bila berhadapan dengan manusia manusia yang mempunyai sifat yang pemalas, bodoh sombong, dan tiada keyakinan diri.
Contoh bagi golongan pemalas di sini ialah seperti budak budak kelas aku yang sememangnya berharap dari awal semester supaya aku join grup diorang, dengan pendapat bahawa aku memang boleh diharap dan biasanya akan berjaya menyelesaikan semua tugas tanpa perlu diorang bersusah payah. Ya, aku terpaksa mengakui bahawa aku memang rajin untuk menyiapkan segala tugasan, sebab aku mempunyai alasan aku tersendiri. Kalau nak diikutkan hati, aku ni jauh panggang dari api untuk menjadi seseorang yang rajin dan tawadhu dalam setiap pekerjaan yang aku buat. Tapi disebabkan kesedaran aku selepas gagal di universiti tempatan beberapa tahun lepas, aku berjanji pada diri aku untuk aku lakukan yang terbaik buat kali ini, dan aku dapat tunjukkan kepada semua orang bahawa aku bukan lah sampah dan aku bukanlah semudah itu untuk korang pandang sebelah mata. Semester lepas aku sudah belajar dan memerhati dengan siapa aku harus berkawan dan dengan siapa harus aku hindari. Aku lebih matang dan aku tidak peduli jika orang kata aku ni terlalu memilih. Aku harus jadi diri aku sendiri. Dan disebabkan pada mulanya aku agak kecewa kerana mempunyai kawan yang pemalas dan sering berharap seratus peratus terhadap aku, maka aku terpaksa bekerja lebih keras supaya setiap tugasan kumpulan dapat aku siapkan sendiri tanpa perlu bantuan korang semua. Aku tidak pernah kisah kalau kita terpaksa dapat markah sama atau pun tinggi. Aku halalkan semua itu, tapi korang harus ingat di mana ada keberkatan tu datang, dan sampai bila ilmu itu akan melekat di dada kamu orang. Aku tidak menyalahkan kamu untuk terus berkawan dengan aku, tapi kalau setiap hari kamu menjadi seperti ini, aku terpaksa mengundur diri. Kamu tidak layak menjadi kawan aku.
Seperkara mengenai bodoh sombong. Ialah sejenis insan yang sememangnya sudah tahu tentang kebodohan mereka, tidak pandai untuk bekerja, tidak reti untuk memahami, tetapi pada masa yang sama menjadi seorang yang paling sombong di dunia dengan pendapat mereka boleh menyelesaikannya sendiri. Tapi akhirnya menyerah diri di saat akhir. Tapi mungkin ada sejenis bodoh sombong masih berdiri sendiri berdikari, mencari inisiatif lain, mula mencari bahan untuk dicopy. Bagi aku mereka lah golongan babi kedua yang harus aku hindari. Aku bukan nak jadi sombong ke apa, tapi melihatkan sikap sebegini, bagi aku daripada aku simpan hati bawak diri, baik aku mengakui. Sebab golongan ini juga aku menjadi seorang yang bersifat mauvaise volonté (unwillingness). Atau bermaksud ketidakmahuan. Bagi aku ketidak mahuan yang melampau. Sebabnya mereka membuatkan aku jadi malas untuk tolong mereka bukan sebab aku tak boleh. Sebabnya aku tak nak.
Dan seperkara mengenai orang yang tidak berkeyakinan diri. Sebenarnya bukan lah sebab manusia lain di dunia tak hendak pandang korang, atau korang cacat anggota, atau muka korang penuh jerawat batu. Tapi kerana korang sendiri pemalas nak berurusan dengan orang lain, bodoh sombong takut diketawakan dan pemalu yang tak berkesudahan. Aku harus mengaku bukan mudah menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi. Dan harus aku akui tempoh perjalanan yang aku lalui sepanjang cuba membina keyakinan diri aku sendiri adalah cukup cukup pedih perit dan sering terluka. Namun sekurang kurang nya, hari ini, bila kamu mencuba, terlalu ramai manusia lain yang ingin membantu kamu, cuma kamu jadi penakut sebab kamu hanya berada di dunia sempit tanpa mengetahui di mana kamu harus bersandar, dan pada siapa harus kamu berkongsi. Dan jangan sesekali cuba mengambil kesempatan atas keyakinan diri orang lain untuk kamu menyorok di dalam kelambu.
Kesimpulan di sini, aku perlu kukuhkan kaki untuk aku terus berdiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan