Selasa, 17 Mac 2009

Berbirat selepas barbiturat

1. Mungkin gaya tulisan aku kali ini sedikit janggal dari blog sebelumnya. Angin perubahan yang dimanifestokan Anwar mungkin menjebakkan aku agar lebih terbuka dan anti kroni.

2. Dua Hari Satu Malam di bumi Hang Tuah cukup membuatkan poket aku rabak abis. Walaupun memang dari bulan Disember lepas aku telah rabak akibat kembali hidup menyendiri meninggalkan rumah keluarga kakak sulung aku yang terlalu banyak history yang merabakkan fikiran bila balik balik dikenang.
Aku tampil setelah hampir enam bulan tidak bertemu sahabat2 in crime aku. Sengaja ku sarung jeans Levi's lusuh dan rabak depan diorang, menandakan aku sememangnya tengah rabak abis. Kenapa kau orang tak perasan haaa? Sia sia pengorbanan aku buat. Sialan.

3. Sekembali dari Melaka, aku duduk atas tilam nipis kurang empuk di bilik. Bunyi jam berdetik berselang seli deruan kipas angin, memberikan suasana sepi menghurung kembali. Tembakau cap Harvest baru selesai ku gulung rapi. Lalu aku bakar. Sunyi.

4. Aku benci keadaan ini.

5. Aku benci bila aku sendiri.

6. Aku benci tiada teman berlagu dan menari.

7. Dan aku benci bila saja terkenang nasib menimpa diri.

8. Cari momentum untuk trade semula. Semangat!

Tiada ulasan: