Jumaat, 20 November 2009

Singgah di gerai makcik itu.

Sabtu lepas, "Bro, nanti you buy burger untuk kita semua. Okey bro? 15 cukup tak? Campur-campur."

Sejurus mengundur diri dari jamuan hari jadi Hadif(nama sebenar) di Puchong, aku terus menuju ke arah Kampung Medan.

Walau sudah hampir berbulan aku tidak ke sana semenjak berpindah rumah, keadaan di sana masih seperti dulu. Malah semakin worse kulihat. Hujan. Traffic jam. Kuli buat jalan. Penunggang tanpa helmet. Parking tepi jalan.

Hanya satu sebab yang menyebabkan aku kembali ke sana. Membeli burger. Ya, aku masih ingat zaman membeli burger dengan duit-duit syiling dulu. Burger terbaik dari seluruh alam.

Dan mungkin satu sebab lain. Gerai burger itu begitu hampir dengan gerai makan makcik yang dulu anaknya menjadi mangsa jelingan aku, dulu.

Hujan. Gerai burger belum buka. Aku duduk di gerai makcik itu menunggu. Aku mengorder milo panas.

"Milo panas satu!!!" Jerit makcik itu kepada anaknya. "Makan tak nak?" Aku geleng sambil menyalakan sebatang Marlboro Light.

Makcik itu berlalu. Dia sudah tidak kenal akan aku.

Tiada ulasan: