Khamis, 31 Disember 2009

Wrap up. Hanya satu kitaran.

Waktu ini aku sedang duduk bersila disamari lampu dari bilik air. Sambil mengadap laptop di atas meja kecil yang aku beli dari Ikea. Sejuknya penghawa dingin bersuhu 25 darjah celcius menggigit-gigit tapak kaki dan tengkuk aku. Lagu Gemilang nyanyian Ella menghidupkan suasana irama subuh dinihari. Baru tadi sebatang Marlboro Light habis menerobosi kerongkong ini sambil dibasahi kehangatan Milo 3 in 1.

Skuad Red Devil ketika ini sedang mendahului 3-0 di babak pertama. Aku yang hanya mendapat keputusan langsung melalui LiveScore.com. Itu cukup membuat kan aku berasa lega dan seronok.

Hari ini, 31 Disember 2009. Detik terakhir bagi suatu permulaan.

Keributan di dalam satu kitaran lengkap turun naik tahun ini masih terngiang-ngiang di tepi telinga ini. Tahun ini aku bermula dengan kontraksi, penguncupan, kejatuhan. Tahun ini aku bermula di penghujung wave corrective (1) menuju (2). Aku begitu kerdil dan masih keliru.

Januari lalu, aku memulai nafas baru selepas 2008 yang perit menikam dan kecundang. Yang membawa aku berdiri di tepi bukit Bandar Puteri Puchong. Waktu itu, tekad aku genggam janji. "To being a good son to my mother, good brother, good friend, better pointer, sophisticated trader, and a happy life."Ada suara sumbang menyalak menyindir.

Februari lalu, aku buka buku. Dari muka pertama aku bermula semula. Dari mula. Aku pelajari semula apa itu Fibonacci. Aku sedar waktu itu aku langsung tiada apa-apa. I'm broke. Totally. Aku perlu lakukan sesuatu untuk bangkit semula.

Mac lalu, di tempat baru yang aku tidak sukai. Aku bulatkan hati. Teruskan meniti. Aku mulai berdikari. RM50 seminggu menjadi nadi. Namun, Marlboro Light tetap jadi pujaan di hati. Burger Ramly jadi diet rutin harian. Kenangan di Melaka pengubat hati. Terima kasih sahabat. Aku sayang akan kalian.

April lalu, genap setahun aku dan dia. Terima kasih kamu mengenali aku. You are awesome.

Mei lalu, kawan aku hanya laptop, broadband, dan kipas. El Nino menjadi-jadi. Semester Spring berlalu.

Jun lalu, mengenang kembali separuh 2009 yang berlalu. Aku depresi. Hanya satu senyuman pahit ketika diraikan hari jadi. Masih ada yang mengingati.

Julai lalu, masa untuk meneruskan sisa-baki janji yang terlafaz Januari lalu. Phileo Damansara menjadi saksi langkahan pertama ku.

Ogos lalu, mungkin itu telah diatur oleh Tuhan Yang Satu. Berkat sabar dan tekun tanpa pernah cuba memberi alasan. Belajar dan terus mempelajari. Usaha dan jangan berhenti. Alhamdulillah.

September lalu, Aidilfitri di kampung. Di rumah yang baru saja siap. RM****.** buat Mama.

Oktober lalu, diparasitkan. Kuatkan hati. Tabahkan kaki melangkah. Teruskan. Jangan paling lagi.

November lalu, bangkit. Belajar dari kesilapan. Kesilapan bila terlalu mempercayai orang lain. Kesilapan bila diperkudakan orang lain. Kesilapan bila dipaksa makan tahi orang lain. Bangkit. Vardec termeterai di bawah satu janji. Tulus, ikhlas, jujur. Bangkit.

Disember bakal berlalu. Detik-detik pengakhiran suatu permulaan.

Keributan di dalam satu kitaran lengkap turun naik tahun ini masih terngiang-ngiang di tepi telinga ini. Tahun ini aku akhiri dengan ekspansi, pengembangan, kenaikan. Tahun ini aku akhiri di permulaan wave impulsive. Aku yakin akan arah pergerakan aku kali ini.

Waktu ini aku sedang duduk bersila disamari lampu dari bilik air. Sambil mengadap laptop di atas meja kecil yang aku beli dari Ikea. Sejuknya penghawa dingin bersuhu 25 darjah celcius menggigit-gigit tapak kaki dan tengkuk aku. Lagu Hadapi Dengan Senyuman nyanyian Dewa menghidupkan suasana irama pagi. Sebatang Marlboro Light dinyalai lagi.

Skuad Red Devil menang 5-0 melawan Wigan. Aku yang hanya mendapat keputusan langsung melalui LiveScore.com. Itu cukup membuat kan aku berasa lega dan seronok.

2 ulasan:

lavidalabelle berkata...

'April lalu, genap setahun aku dan dia. Terima kasih kamu mengenali aku. You are awesome'.

uh oh?? tiba2 i rasa kecil hati...


xD hepy new year aQram!

Xara berkata...

2009 was great for u i guess..there were too many things had happened but u're able to handle it.am proud of u :D