Ahad, 29 Mac 2009

Akan terus memburu si ahli sihir

Kebanyakan orang yang secara halus aku katakan sebagai small people dan average people, instead dari mencari dan mempelajari apa yang great people tahu tapi mereka tidak tahu, mereka akan terus memburu si ahli sihir.

Tidak berapa lama beberapa dekad lalu, bila berlaku jangkitan penyakit, atau sesuatu yang buruk berlaku pada sesebuah komuniti, orang orang tetangga "akan terus memburu si ahli sihir". Mereka perlukan seseorang untuk dipersalahkan untuk keadaan itu.

Sehingga beberapa ketika, saintis menciptakan mikroskop dan orang orang tetangga dapat melihat sendiri apa yang sebelum ini mereka tidak mampu dengan mata bogel mereka, iaitu kuman kuman, orang orang tetangga menuduh dan menyalahkan orang lain disebabkan penyakit tersebut. Mereka membakar si ahli sihir yang dipertaruhkan hanya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda.

Hanya sedikit yang mereka tahu dan sedar tentang segala penyakit itu berakar umbi nya dari kehidupan di pekan yang tidak bersih, pelupusan dan pembuangan sampah yang teruk. Orang orang tetangga dijangkiti penyakit kerana permasalahan yang mereka sendiri timbulkan sebab hidup dalam suasana yang tidak langsung bersih dan menyihatkan...bukan "si ahli sihir".

Arakian, terus memburu si ahli sihir masih berlaku dan terus berlaku waktu ini. Small people dan average people terus mencari dan memburu seseorang alias sesuatu untuk dipersalahkan atas permasalahan dan kesukaran hidup. Malah si miskin yang di kebawahan dan si kelas pertengahan terus menerus mahu menyalahkan si kaya atas permasalahan kewangan hidup mereka, rather than menyedari ia adalah kerana kebodohsombongan mereka terhadap ilmu, kurang pendedahan tentang Expansi dan Kontraksi, kurang berani untuk memanipulasi. Walhal itulah secara fundamental nya penyebab utama kemelut yang melanda.


Terpana dari sekeping gambar,

Tertulis suatu nota, dengan kata-kata;

GREAT PEOPLE talk about IDEAS,
AVERAGE PEOPLE talk about THINGS,
SMALL PEOPLE talk about OTHER PEOPLE.

Tersurat seribu pengertian.

Di mana kamu berada?

9 ulasan:

azrncomel berkata...

ermm...

tu kata2 kt kete akak najibon!

Xara berkata...

Ahli sihir tidak akan ke mana2 walaupun dia ada broom utk bersiar2 di malam hari....

All in One berkata...

errrr
nih aqram yg akak kenal tu k??
lainnya ............

excited akk tauu

أكرم حسني berkata...

azrn kau tak comel lah.

Xara, ahli sihir jahat.

alinOne78: hai..hehe..

Xara berkata...

huhu itu persepsi masyarakat Eropah satu ketika dulu.masih ada lagi ke org berfikiran mcm tu?

أكرم حسني berkata...

Xara: cerita ini bukan semata mata tertumpu pada kisah ahli sihir. cuba buka mata, buka fikiran, buka hati, terbitkan satu pengajaran cerita, dan cuba buat persamaan serentak dengan kejadian harian yang berlaku sehari hari.

Xara berkata...

point taken...n considered :D

p/s : sbnrnye br tau cerita :P

أكرم حسني berkata...

aQram: thanks.

Wiseheartzz berkata...

satu perutusan yang menarik utk dijadikan tauladan pada kite smua...